7 maut dalam kebakaran di barat daya India

Bernama
Oktober 6, 2024 04:50 MYT
Kebakaran di Maharashtra, India, pada Ahad, berlaku di dalam bangunan dua tingkat yang mempunyai kedai di tingkat bawah dan unit kediaman di tingkat satu. - REUTERS
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tujuh orang, termasuk dua kanak-kanak, maut dan beberapa lagi mangsa cedera selepas kebakaran besar berlaku di dalam sebuah bangunan di negeri barat daya India, Maharashtra pada Ahad, menurut seorang pegawai polis tempatan yang mengesahkan melalui panggilan telefon, lapor Xinhua.
Kebakaran itu berlaku awal pagi di kawasan Chembur, di ibu kota kewangan negara, Mumbai.
Semua mangsa yang maut adalah daripada keluarga yang sama.
Kebakaran berlaku di dalam bangunan dua tingkat yang mempunyai kedai di tingkat bawah dan unit kediaman di tingkat satu.
Mangsa yang maut sedang tidur ketika kebakaran berlaku.
-- BERNAMA
#Mumbai #India #kebakaran #rumah terbakar
;