7 maut dalam insiden pentas runtuh di utara India
Bernama
Januari 28, 2025 06:50 MYT
Januari 28, 2025 06:50 MYT
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan lebih 50 lagi cedera apabila sebuah pentas sementara yang dipasang untuk jemaah pada satu perhimpunan agama runtuh di negeri Uttar Pradesh, utara India, pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, memetik polis tempatan.
Beberapa wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat, Uttar Pradesh, kata polis.
Pentas sementara itu diperbuat daripada buluh dan kayu. Ia runtuh kerana tidak dapat menampung berat orang ramai yang berdiri di atasnya.
Kekecohan berlaku sejurus selepas kejadian itu. Mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital tempatan.
-- BERNAMA