7 maut, 65 cedera letupan stesen minyak di Yaman

Bernama
Januari 12, 2025 11:15 MYT
Sejumlah 15 daripada 65 mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal dan lebih 20 kereta rosak akibat letupan itu. - Foto X/Benefit News
KAHERAH: Tujuh orang maut manakala 65 lagi cedera dalam kejadian letupan di sebuah stesen minyak di wilayah Al Bayda', tengah Yaman, menurut sumber dalam pentadbiran wilayah itu kepada RIA Novosti.
Menurut sumber, 15 daripada 65 mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal dan lebih 20 kereta rosak akibat letupan itu.
Pihak berkuasa keselamatan telah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
-- BERNAMA
#letupan #stesen minyak #Yaman #Al Bayda
;