7 individu prodemokrasi di Hong Kong disabit kesalahan
Astro Awani
April 1, 2021 06:37 MYT
April 1, 2021 06:37 MYT
HONG KONG: Tujuh penyokong prodemokrasi di Hong Kong disabitkan atas kesalahan kerana menganjurkan dan menyertai perhimpunan tanpa kebenaran.
Antaranya termasuk hartawan media dan pengasas akhbar tempatan Apple Daily, Jimmy Lai.
Selain Lai, turut disabitkan kesalahan adalah pengasas bersama Parti Demokratik dan peguam terkemuka, Martin Lee.
Kumpulan aktivis itu didapati bersalah atas penglibatan dalam tunjuk perasaan pada 18 Ogos 2019 ketika gelombang protes antikerajaan memuncak.
Menurut penganjur protes, 1.7 juta orang berarak pada hari tersebut untuk membantah rang undang-undang keselamatan baharu.
Akta tersebut membenarkan suspek penjenayah berdepan pendakwaan di China.
Walaupun undang-undang itu ditarik balik, namun tunjuk perasaan di Hong Kong diteruskan bagi memperjuangkan demokrasi secara umum.