7.46 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar seluruh dunia

Astro Awani
November 14, 2021 22:49 MYT
Amerika Syarikat mencatat lebih 437 juta dos vaksin didaftar atau disuntik. - Gambar fail
JUMLAH dos vaksin COVID-19 yang didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini melebihi 7.46 bilion.
Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 2.38 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India dengan lebih 1 bilion dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 437 juta dos vaksin.
Brazil mencatat lebih 281 juta dos didaftarkan, sementara Jepun melebihi 193 juta.
Turki, Jerman dan Mexico mencatat angka melepasi 100 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia jauh di hadapan negara lain dengan 214 juta dos telah didaftarkan.
Ini diikuti Thailand dengan lebih 84 juta, Filipina 67 juta, Malaysia 51 juta, dan Singapura dengan lebih 10 juta dos vaksin didaftarkan.
#COVID-19 #Johns Hopkins University #vaksin didaftar #vaksin disuntik