68 maut akibat tanah runtuh di utara Tanzania

Bernama
Disember 5, 2023 13:07 MYT
Pemandangan udara anggota penyelamat mencari mangsa yang terselamat susulan banjir kilat dan tanah runtuh yang terjadi dekat kaki gunung Gunung Hanang di wilayah Manyara, Tanzania, 4 Dis 2023. REUTERS
DAR ES SALAAM (Tanzania): Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Queen Sendiga, pesuruhjaya wilayah Manyara yang dilanda bencana, berkata seramai 116 penduduk dilaporkan cedera setakat Isnin.
Sepasukan 350 pakar penyelamat daripada tentera dikerah untuk menyelamatkan mangsa lain.
Sendiga berkata hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh di Gunung Hanang pada pagi Ahad.
Bandar Katesh yang terletak di kaki gunung itu antara kawasan terjejas teruk.
Sementara itu Presiden Tanzania Samia Suluhu Hassan berkata kerajaan akan menanggung kos pengebumian mangsa.
--BERNAMA-dpa
#tanah runtuh #hujan lebat #tanzania #angka kematian
;