600,000 terputus bekalan elektrik di Rusia akibat panas melampau - Kementerian Tenaga
Bernama
Julai 10, 2024 16:59 MYT
Julai 10, 2024 16:59 MYT
MOSCOW: Bekalan elektrik di selatan Rusia terputus akibat gelombang haba melampau, menyebabkan kira-kira 600,000 orang mengalami gangguan elektrik, menurut Kementerian Tenaga Rusia, lapor Sputnik.
"Suhu luar yang sangat tinggi menjadi punca gangguan besar bekalan elektrik di beberapa kawasan di Rusia.
"Menurut data operasi, lebih 324,000 orang di Wilayah Rostov terputus bekalan elektrik, 181,000 di Wilayah Krasnodar dan Republik Adygea serta 94,300 di Wilayah Astrakhan," kata kementerian itu di Telegram.
Kerja-kerja pembaikan kecemasan sedang dijalankan dalam keadaan kecemasan, tambah kementerian itu.
-- BERNAMA