60 cedera dalam insiden rempuhan pada perarakan karnival

Agensi
Februari 25, 2020 07:53 MYT
Suspek berusia 29 tahun itu berdepan tuduhan cubaan membunuh berhubung insiden di Hesse. - Gambar REUTERS/Thilo Schmuelgen
Tragedi rempuhan pada perarakan karnival di bandar kecil Volkmarsen dilapor mencederakan 60 individu termasuk kanak-kanak.
Menurut laporan CGTN, suspek dalam insiden di Hesse itu merupakan warga Jerman berusia 29 tahun.
"Kes dan motif suspek masih dalam siasatan, bagaimanapun kita tidak menolak tindakan itu bermotifkan jenayah.
"Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak berada di bawah pengaruh alkohol," katanya.
Isnin lalu, hampir keseluruhan kawasan di bahagian barat Jerman meraikan Rose Monday yang menjadi acara kemuncak karnival di negara berkenaan.
Polis Hesse pada Isnin meminta agar semua perarakan karnival itu perlu dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Sementara itu, Canselor Angela Merkel menerusi satu hantaran dalam akaun Twiternya berkata fokus beliau tertumpu kepada keluarga mangsa dan berharap agar mereka yang cedera cepat sembuh.
Difahamkan kejadian rempuhan itu berlaku beberapa hari selepas seorang lelaki bersenjata menembak dan membunuh 11 orang termasuk dirinya di Bandar Hanau, Hasse.
#Angela Merkel #jenayah #Jerman #Kanak-kanak #polis #rempuhan kereta #suspek
;