6 pelancong Sepanyol dirogol beramai-ramai

Astro Awani
Februari 6, 2013 08:30 MYT
Sekumpulan lelaki sedang diburu pihak polis Mexico selepas mereka memecah masuk sebuah rumah penginapan Acapulco dan merogol enam pelancong Sepanyol.
Ketika serangan, kumpulan lelaki tersebut membawa senjata dan bertopeng.
Datuk Bandar Acapulco, Luis Walton berkata ketika kejadian 12 orang pelancong dari Sepanyol menginap di rumah tersebut.
Enam daripadanya lelaki, diikat penjahat menggunakan wayar telefon dan tali pakaian mandi sebelum enam wanita tersebut dirogol beramai-ramai.
Mangsa dihantar ke Mexico City selepas soal siasat di pejabat polis di Acapulco.
Walton berkata, penjahat masih diburu namun tidak mendedahkan identiti mereka.
#Acapulco #Datuk Bandar Acapulco #Luis Walton #rogol #sepanyol
;