6 maut, 26 cedera dalam serangan bersenjata di utara Mexico

Bernama
Disember 30, 2023 13:11 MYT
Kejadian serangan bersenjata di bandar utara Sonora itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perselisihan antara kumpulan samseng. - Gambar hiasan
BOGOTA (Colombia): Seramai enam orang terbunuh manakala 26 lagi cedera dalam serangan bersenjata di bandar utara Sonora, Mexico.
Dalam kejadian itu, tiga lelaki bersenjata melancarkan serangan semasa perhimpunan di sebuah kediaman di bandar Cajeme, lapor Agensi Anadolu.
Sementara itu, pendakwa raya Sonora, Gustavo Salas Sanchez berkata sebelum ini waran tangkap dikeluarkan terhadap lima daripada enam mangsa yang terbunuh.
Siasatan telah dilancarkan dan kejadian dipercayai mempunyai kaitan dengan perselisihan antara kumpulan samseng.
-- BERNAMA
#serangan bersenjata #Mexico #perhimpunan #waran tangkap
;