6 bank Itali jadi mangsa serangan siber

Bernama
Ogos 2, 2023 16:02 MYT
Serangan siber itu menyebabkan penutupan sementara tapak web, aplikasi serta perkhidmatan individu. - Gambar hiasan
ROM: Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Serangan siber itu menyebabkan penutupan sementara tapak web, aplikasi serta perkhidmatan individu, lapor akhbar Il Sole 24 Ore.
Sebelum itu pada Isnin, kumpulan itu dilaporkan telah menggodam tapak web syarikat pengangkutan Itali.
Pada masa yang sama, agensi keselamatan siber Itali berkata serangan siber itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan dan tindakan penggodam adalah "demonstratif".
Bank yang terjejas ialah Banca Monte dei Paschi di Siena, BPER Banca, Banca Popolare di Sondrio, FinecoBank, dan CheBanca!, serta syarikat kewangan Intesa Sanpaolo dan institusi kewangan Fideuram.
-- BERNAMA
#serangan siber #bank #Itali #NoName057
;