59 cedera dalam kemalangan lima bas di Korea Selatan
Bernama
November 3, 2023 19:00 MYT
November 3, 2023 19:00 MYT
SEOUL: Sejumlah 59 orang cedera, termasuk seorang cedera parah, dalam kemalangan yang melibatkan lima bas di lebuh raya di Korea Selatan pada Jumaat, lapor Xinhua memetik laporan agensi berita Yonhap.
Pelanggaran yang bertindan-tindih itu berlaku pada kira-kira pukul 7.23 pagi waktu tempatan (2223 GMT Khamis) berhampiran persimpangan lebuh raya di Suwon, kira-kira 30 km ke selatan ibu kota Seoul.
Tiada kematian dilaporkan. Pemandu bas paling belakang mengalami kecederaan parah.
Seramai 58 penumpang dirawat kerana cedera ringan di leher dan belakang.
Terdapat 91 orang di dalam kesemua lima bas, termasuk pemandu.
Bas-bas itu dipercayai gagal mengawal kelajuan masing-masing di kawasan sesak di persimpangan jalan itu.
-- BERNAMA