58 terkorban dirempuh kereta api

Agensi
Oktober 19, 2018 07:22 MYT
Dalam kejadian yang berlaku di pinggir Amritsar itu, pasukan keselamatan percaya lebih ramai orang awam cedera. - Foto AP
Sekurang-kurangnya 58 orang awam terkorban dirempuh sebuah kereta api laju ketika mereka sedang menonton bunga api dalam satu festival keagamaan di utara India pada Jumaat.
Dalam kejadian yang berlaku di pinggir Amritsar itu, pasukan keselamatan percaya lebih ramai orang awam cedera.
Menurut Ahli Politik Parti Kongres, Pratap Singh Bajwa, kereta api itu gagal berhenti lalu merempuh ratusan orang awam yang menyaksikan festival keagaman tersebut.
Pesuruhjaya Polis S. S. Srivastava berkata, setakat ini pihaknya telah menemui 58 mayat.
Agensi berita The Press Trust of India berkata dua kereta api tiba dari arah yang bertentangan dengan trek berasingan pada masa yang sama menyukarkan orang awam untuk menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, kematian disebabkan oleh salah satu kereta api, ia memetik para pegawai sebagai berkata.
Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau sangat sedih dengan kemalangan tersebut. "Pihak berwajib diminta memberikan bantuan yang diperlukan," kata Modi di akaun Twitter miliknya.

Extremely saddened by the train accident in Amritsar. The tragedy is heart-wrenching. My deepest condolences to the families of those who lost their loved ones and I pray that the injured recover quickly. Have asked officials to provide immediate assistance that is required.

— Narendra Modi (@narendramodi) October 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Amritsar #India #kereta api #korban #rempuh
;