52 maut bas bertembung lori minyak di Afghanistan

Agensi
Mei 9, 2016 08:00 MYT
Salah sebuah bas dikatakan telah bertembung dengan lori terbabit sebelum merempuh sebuah lagi bas. - Foto AFP
Seramai 52 orang terbunuh dalam kemalangan yang melibatkan dua buah bas dan sebuah lori minyak dalam satu insiden di bandar Ghazni, Afghanistan pada Ahad.
Tragedi tersebut membabitkan sebuah bas yang bertembung dengan lori terbabit sebelum merempuh sebuah lagi bas.
Bagaimanapun, 73 penumpang yang terselamat mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital berdekatan.
Menurut jurucakap gabenor Wilayah Ghazni, ketiga-tiga kenderaan terbabit terbakar sejurus pelanggaran berlaku.
#Afghanistan #bas #kemalangan #lori minyak
;