500 penduduk Douma ada simptom terkena serangan senjata kimia toksik - WHO

Agensi
April 11, 2018 09:54 MYT
Seorang kanak-kanak diberi rawatan kecemasan di sebuah hospital di Douma, kerana dipercayai terdedah kepada bahan kimia berbahaya. - Reuters
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam satu insiden serangan yang dipercayai menggunakan senjata kimia di Douma, Syria hujung minggu lalu.
Menurut badan tersebut, sekitar 500 pesakit telah digegaskan ke kemudahan kesihatan dengan ‘tanda-tanda dan simptom yang menyerupai kesan akibat terdedah kepada bahan kimia toksik’.
"WHO menggesa diberikan akses tanpa kekangan ke kawasan yang terjejas, untuk menilai impak kesihatan, dan untuk membawa masuk respons kesihatan awam yang komprehensif,” ujar Timbalan Ketua Pengarah bago Persediaan dan Tindak Balas Kecemasan WHO, Peter Salama, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Geneva.
Agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) masih tiada akses untuk memasuki ke bahagian pedalaman timur Ghouta, termasuk Douma, iaitu tempat serangan itu dilaporkan terjadi.
Kerajaan Syria telah menafikan keterlibatan mereka.
#Douma #kesihatan #kimia #pesakit #racun #senjata #serangan #Syria #toksik #WHO