50 peratus warga AS setuju tindakan ketenteraan Israel di Gaza - Tinjauan
Astro Awani
Disember 9, 2023 11:50 MYT
Disember 9, 2023 11:50 MYT
WASHINGTON DC: Separuh daripada rakyat Amerika Syarikat (AS) bersetuju dengan tindakan ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza, manakala 45 peratus lagi tidak bersetuju.
Kaji selidik yang dilakukan oleh badan peninjau Gallup itu mendapati, 67 peratus warga AS yang tidak bersetuju dengan tindakan ketenteraan Israel di Gaza berusia dalam lingkungan 18 hingga 34 tahun.
Tinjauan itu juga mendapati, 52 peratus daripada yang tidak bersetuju adalah golongan wanita.
Golongan umur yang bersetuju dengan tindakan ketenteraan Israel di Gaza adalah mereka yang berusia 55 tahun ke atas iaitu sebanyak 63 peratus.
Tinjauan Gallup itu dijalankan bermula 1 hingga 21 November, beberapa minggu selepas serangan Hamas pada 7 Oktober.
Selain itu survey itu juga menunjukkan, 64 peratus daripada warga AS yang terdiri dari pelbagai etnik tidak bersetuju dengan tindakan ketenteraan Israel manakala 61 peratus warga AS berkulit putih memilih untuk menyokong tindakan Israel.