50 maut termasuk kanak-kanak tembakan rambang di gereja

Astro Awani
Jun 5, 2022 06:00 MYT
Keadaan di Gereja St Francis susulan kejadian tembakan rambang pada Ahad. - Foto AP
LAGOS: Sekurang-kurangnya 50 orang terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak dalam insiden tembakan rambang di sebuah gereja di Nigeria pada Ahad.
Menurut jurucakap Polis Ondo, Funmilayo Ibukan Odunlami, kejadian berlaku ketika upacara Misa diadakan.
Tambahnya, beberapa penyerang melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar perkarangan dan dalam Gereja St Francis di bandar Owo.
Pihak berkuasa masih belum memberikan butiran mengenai identiti atau motif penyerang berkenaan.
Gabenor Ondo, Arakunrin Oluwarotimi Akeredolu ketila melawat mangsa di hospital menyifatkan kejadian sebagai "pembunuhan beramai-ramai" yang tidak seharusnya berlaku.
Identiti penyerang mahupun motif kejadian masih dalam siasatan.
Presiden Muhammadu Buhari mengecam sekeras-kerasnya serangan itu serta menyifatkannya sebagai satu "jenayah yang sangat kejam".
Sementara itu seorang doktor di sebuah hospital di Owo memberitahu Reuters, sekurang-kurangnya 50 mayat telah dibawa ke dua hospital di bandar berkenaan akibat serangan itu.
Katanya terdapat keperluan mendesak untuk menderma darah bagi merawat mangsa yang tercedera.
#tembakan rambang #gereja #Gereja Katolik St Francis #serangan
;