50 lelaki bersenjata serbu kampung, culik 15 gadis

Astro Awani
November 24, 2018 18:54 MYT
Lelaki bersenjata berkenaan telah menyerang kampung itu di tengah malam dan menculik gadis-gadis berkenaan.
NIAMEY: Seramai 15 remaja perempuan telah diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di tenggara Niger, lapor agensi berita Reuters pada Sabtu.
Menurut datuk bandar Toumour, Boukar Mani Orthe, kira-kira 50 individu tidak dikenali telah menyerang sebuah kampung yang terletak 9km dari bandar itu di tengah malam dan menculik gadis-gadis tersebut.
Khamis lalu, puak disyaki pelampau Boko Haram telah membunuh lapan pekerja syarikat penggerudian Perancis, Foraco di tapak perigi airnya di Toumour.
Kes Boko Haram pernah menggemparkan dunia apabila kumpulan itu menculik 276 pelajar perempuan di wilayah Chibok, Nigeria pada 2014.
Sebahagian dari mereka berjaya melarikan diri atau dibebaskan manakala kira-kira 100 lagi masih ditahan.
Bagaimanapun, Mac lalu, kumpulan itu telah membebaskan hampir kesemua 110 gadis yang diculik dari sekolah berasrama di negara itu.
#culik #kanak-kanak perempuan #gadis #Niger #Nigeria #lelaki bersenjata #Toumour #Boukar Mani Orthe #Boko Haram
;