5 sebab anda perlu mengenali Concepcion Picciotto

Nizam Bakeri
Januari 27, 2016 14:52 MYT
Antara tanda protes Concepcion yang paling diingati ialah papan kuning yang dicat dengan tulisan hitam: "Live by the Bomb, Die by the Bomb" - Foto AFP
Concepcion Picciotto meninggal dunia di Washington, Isnin lalu. Dia dipercayai berusia 80 tahun.
Nama warga Sepanyol ini mungkin tidak semasyhur personaliti politik antarabangsa, namun sesiapa yang pernah melawat perkarangan White House pasti pernah bertemu dengan wanita itu.
Concepcion setia mengedar risalah dan mengadakan tunjuk perasaan aman di hadapan White House selama 30 tahun, menurut Washington Post.
Tepat sekali. 30 tahun.
Mari kita berkenalan lebih rapat dengan mendiang Concepcion, warga Sepanyol yang juga mesra dengan panggilan Connie atau Conchita.

1) Concepcion pertama kali ke White House untuk menyelamatkan anak perempuannya
Concepcion berkahwin pada tahun 1969. 10 tahun kemudian, suami dan anaknya hilang tanpa khabar. Concepcion mendakwa suaminya telah berpakat dengan doktor dan peguam, sebahagian dari satu konspirasi. Dia ke Washington untuk meminta bantuan White House, namun tidak diendah.

2) Concepcion kekal membantah, dari Reagan hingga Obama
Tunjuk perasaan Concepcion merentas zaman dan isu. Dia menentang skandal Iran-Contra dan Clinton-Lewinsky. Dia tidak pernah putus harapan menentang Perang Teluk dan misi Amerika Syarikat ‘mencari senjata pemusnah besar-besaran’ di Afghanistan, Iran, dan Iraq.

3) Pernah kehilangan rumah dan menjadi gelandangan
Rumah yang ditumpanginya dijual pada tahun 2009 dan dia terpaksa menetap di pusat perlindungan gelandangan di N Street Village berhampiran dengan White House. “Saya perlu berada di sini, ini hidup saya,” ujar Concepcion.

4) Khemah protes miliknya dirampas polis namun dipulangkan semula
Selepas dilanggar kereta ketika menunggang basikal pada tahun 2012, kesihatan Concepcion merosot. Khemah dan alatan protesnya dirampas polis kerana tidak ada penjaga namun dipulangkan semula.

5) Concepcion menjadi ikon perjuangan individu menentang peperangan
Hampir semua jelajah pelancong di perkarangan White House akan singgah di khemah Concepcion. Dia juga pernah membuat kemunculan istimewa dalam beberapa filem dokumentari termasuklah Fahrenheit 9/11 arahan Michael Moore.

Pemergian Concepcion dikenang media sosial
Para pengguna media sosial turut merakam ucapan atas pemergian Concepcion. Rata-rata meluahkan rasa sedih dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman dan foto yang sempat dirakam bersama-sama dengan wanita yang terkenal dengan imej topi keledar dan skaf kepala itu.

The world lost a quiet and undaunted servant for peace today #ConcepcionPicciotto https://t.co/eEV3ffj4kt

— Katie Orr (@KatiesOrr) January 26, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rest in peace Concepcion Picciotto. Your legacy will live on.

— Meriem (@palestyria) January 26, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Memories of passing her encampment once in D.C. Rest in Peace, Concepcion Picciotto @kammerichmJ2150 #J2150J pic.twitter.com/kXfAEoKMfA

— Mikaela Marie O'Barr (@m0barr) January 26, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Concepción Picciotto, the woman who protested outside the White House for 35 years, has died. Sad. It was great to see her there.

— Pablo Medina Uribe (@derpoltergeist) January 26, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Such a wonderful woman #RIP #ConcepcionPicciotto pic.twitter.com/AiCYz8ozRR

— Smile(@Pauliga14) January 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

No nuclear holocaust since Concepcion Picciotto began her vigil in 1981. I guess she won. https://t.co/17xH2wN4wC

— Adam Gustafson (@adgustafson) January 27, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
##ConcepcionPicciottto #protes aman depan White House #Siapa Concepcion Picciotto meninggal dunia
;