5 perkara anda perlu tahu tentang krisis politik di Sudan
Saraya Mia
Jun 16, 2019 22:27 MYT
Jun 16, 2019 22:27 MYT
MEDIA sosial seluruh dunia terarah ke Sudan apabila negara itu kini dilanda krisis politik susulan kejatuhan pemerintahan presiden Omar al-Bashir yang digulingkan tentera pada 11 April lalu setelah memerintah selama tiga dekad.
Omar dijangka dihadapkan ke mahkamah minggu hadapan atas tuduhan salah guna kuasa, rasuah serta pemilikan mata wang asing.
Selain itu, Omar juga didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram, pembunuhan dan keganasan.
GALERI FOTO: Presiden Sudan Omar Al-Bashir digulingkan
Berikut lima perkara yang anda perlu tahu tentang krisis di Sudan:
1. Presiden digulingkan
Presiden Omar al-Bashir yang memerintah selama 30 tahun digulingkan tentera pada 11 April 2019.
2. Tentera ambil alih pemerintahan
Sudan kini berada di bawah pemerintahan Majlis Peralihan Tentera (TMC) yang diketuai Abdel Fattah al-Burhan dan timbalannya Mohamad Hamdan Dagalo atau lebih dikenali sebagai Hemedti.
Hemedti berhasrat menggantikan Omar al-Bashir sebagai presiden.
2. Protes rakyat
Abdel Fattah pada awalnya bersetuju dengan Deklarasi Merdeka dan Perubahan Kuasa (DFCF) ke arah peralihan kerajaan dalam tempoh tiga tahun.
Namun beliau kemudian menggesa supaya diadakan pilihan raya dalam tempoh sembilan bulan di mana langsung tidak memberi peluang kepada parti pembangkang itu meletakkan calon.
Rakyat bertindak keluar ke jalanan dengan menunjuk perasaan mendesak ke arah pemerintahan kerajaan pro-demokrasi.
3. Agenda Majlis Peralihan Tentera (TMC)
TMC mendakwa negara itu harus berada di bawah pemerintahan kerajaan junta atas faktor keselamatan.
Namun, Hemedti bertindak keras terhadap protes dan mengarahkan pasukan Rapid Support Forces (RSF) untuk menyerang Khartoum.
Tindakan kerajaan junta itu didakwa mendapat sokongan negara-negara sekutu Amerika Syarikat seperti Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Mesir.
4. Kematian dan keganasan
Sejak 3 Jun, 118 kematian dilaporkan namun kerajaan junta mengesahkan hanya 61 kematian termasuk tiga membabitkan anggota keselamatan sejak minggu lalu.
Dalam pada itu, sekumpulan doktor menemukan 40 mayat didakwa mangsa serangan RSF di Sungai Nil.
5. #KempenBiru
Gelombang biru tersebar di pelbagai platform media sosial melalui hashtag #BlueforSudan susulan sekatan internet di negara itu.
Warna biru dipilih bagi memperingati mangsa yang terkorban, Mohamed Mattar, yang ditembak mati pada 3 Jun lalu.
Menurut keluarganya, warna biru merupakan warna kegemaran jurutera yang berumur 26 tahun itu.
#Afrika
#Hemedti
#Internet
#Janjaweed
#kematian
#Khartoum
#media sosial
#Omar al-Bashir
#protes
#Sudan