5 maut dalam tembakan rambang di Haiti

Hasimi Muhamad
April 25, 2019 06:19 MYT
Dalam kejadian tersebut, polis berkata pihak berkuasa berbalas tembakan dengan kumpulan penyerang ketika mereka tiba di lokasi untuk mengambil mayat mangsa, pada Khamis. - Foto www.wacotrib.com
Sekurang-kurangnya lima maut, manakala tujuh lagi cedera dalam insiden tembakan rambang di ibu negara Haiti pada Khamis, kata pihak berkuasa.
Pesuruhjaya Polis Port-Au-Prince Joel Casseus memberitahu The Associated Press (AP), empat mangsa maut di tempat kejadian, sementara mangsa kelima meninggal dunia di hospital.
Dalam kejadian tersebut, polis berkata pihak berkuasa berbalas tembakan dengan kumpulan penyerang ketika mereka tiba di lokasi untuk mengambil mayat mangsa.
Bagaimanapun, motif serangan masih belum diketahui.
Setakat ini, tiada suspek yang ditahan berikutan insiden serangan tersebut.
Susulan itu, pihak berkuasa menggesa orang ramai menghubungi polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung insiden tembakan rambang tersebut.
#Haiti #pengganas #serangan #tembakan rambang
;