5 maut dalam pertelingkahan etnik

Agensi
Mac 22, 2013 08:33 MYT
Seramai lima orang dilaporkan maut dalam keganasan dua hari di Myanmar.
Laporan rasmi media kerajaan mengesahkan, pertelingkahan tercetus antara masyarakat Islam dan penganut Budha.
Jumlah sebenar angka kematian dijangka lebih tinggi daripada yang dikeluarkan.
Selain korban nyawa, masjid dan premis perniagaan di Meikhtila turut menjadi sasaran keganasan.
Dalam kejadian berkenaan, lebih 39 dilaporkan cedera.
Ia dikatakan tercetus selepas berlaku pertikaman lidah antara pemilik kedai emas dengan pelanggan yang beragama Budha.
Sejurus selepas insiden, tentera di kerah ke kawasan 550 kilometer di utara ibu negara, Yangon.
Sehingga Khamis, keadaan di lokasi kejadian dilapor masih tegang.
Dalam kenyataannya, pihak berkuasa memaklumkan semua yang terbabit mencetuskan keganasan akan diambil tindakan.
Ia dikatakan berpunca daripada pemilik kedai emas yang beragama Islam, yang bertindak memukul pelanggannya yang beragama Budha.
#Budha #Islam #keganasan #Myanmar
;