5 maut dalam nahas helikopter di Cuba

Astro Awani
Januari 30, 2021 11:41 MYT
Sebuah helikopter tentera Cuba terhempas di kawasan pergunungan timur negara itu. -Gambar hiasan
HAVANA: Sebuah helikopter tentera Cuba terhempas di kawasan pergunungan timur negara itu pada Jumaat.
Semua lima penumpang dan kru dilaporkan terkorban, lapor Reuters.
Angkatan Tentera Revolusi Cuba dalam satu kenyataan berkata pesawat itu terhempas di lokasi tinggi setelah berlepas dari wilayah timur Holguin untuk perjalanan singkat ke Guantanamo.
Tiada maklumat lanjut dikeluarkan setakat ini.
Punca nahas sedang disiasat.
#helikopter terhempas #tentera Cuba #kawasan pergunungan #Angkatan Tentera Revolusi Cuba #Guantanamo
;