5 maut dalam letupan bom di Bago, Myanmar
Bernama
Mei 4, 2021 17:38 MYT
Mei 4, 2021 17:38 MYT
MOSCOW: SEKURANG-kurangnya lima orang, termasuk tiga bekas pegawai polis dan seorang Ahli Parlimen Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) terbunuh dalam insiden letupan bom di wilayah Bago, Myanmar, lapor Sputnik pada Selasa.
Menurut portal berita Myanmar Now, letupan kuat berlaku di sebuah rumah di perkampungan Zee Oke, tempat bekas pegawai polis dan anggota Parlimen itu bersembunyi sejak rampasan kuasa tentera Februari lalu.
Menurut sumber, pemilik rumah itu turut terkorban.
"Apa yang saya tahu, letupan berlaku ketika mereka membuka satu bungkusan," kata sumber itu.
Pada 1 Februari lalu tentera Myanmar menggulingkan kerajaan dan mengisytiharkan perintah darurat selama setahun.
Rampasan kuasa itu mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran, menyaksikan ratusan orang awam terbunuh.
-- BERNAMA