5 maut dalam insiden tembakan di kilang arak Milwaukee
Agensi
Februari 27, 2020 08:08 MYT
Februari 27, 2020 08:08 MYT
Sekurang-kurangnya lima mangsa terbunuh apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kilang arak di Milwaukee, Amerika Syarikat.
Dalam kejadian pada Selasa, lelaki yang dipercayai bekas pekerja di bangunan MillerCoors itu menyerbu masuk ke kompleks yang menempatkan antara kilang arak terbesar dunia dan menembak mangsa secara rambang.
Pihak berkuasa yang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima laporan menemukan penyerang yang telahpun meninggal dunia dipercayai menembak dirinya sendiri.
Sesetengah media melaporkan tujuh kematian termasuk penyerang, namun tidak dapat dipastikan angka korban yang sebenar ketika ini.
Polis Milwaukee dalam akaun Twitternya berkata walaupun tiada lagi ancaman, situasi di lokasi kejadian masih "berbahaya."
Polis telah menyekat jalan-jalan untuk beberapa blok di sekitar kompleks itu.
Presiden Donald Trump dilapor telah dimaklumkan tentang kejadian.
Kompleks tersebut terletak di tengah-tengah Miller Valley Milwaukee, iaitu sekitar 4.82 kilometer (km) ke barat pusat bandar.