5 maut dalam insiden kebakaran di Kaherah

Bernama
Februari 6, 2023 03:40 MYT
Sepasang suami isteri dan tiga anak maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kaherah. - Gambar hiasan
KAHERAH: Sepasang suami isteri dan tiga anak mereka maut dalam kebakaran membabitkan sebuah kediaman di Kaherah pada Ahad, lapor akhbar tempatan Ahram.
Mayat kelima-lima mangsa dibawa ke hospital selepas bomba berjaya memadamkan kebakaran itu.
Bagaimanapun, anak perempuan sulung mereka dilaporkan terselamat, lapor Xinhua.
Pejabat pendakwaan awam telah memulakan siasatan untuk menentukan punca kebakaran.
--BERNAMA
#Mesir #kebakaran #kediaman #maut dalam kebakaran