5 hilang dalam kejadian letupan pelantar di Oklahoma

APTN
Januari 22, 2018 06:50 MYT
Dalam kejadian itu 20 pekerja dilaporkan berada di tapak penggerudian gas asli berkenaan. - Foto REUTERS
Lima hilang susulan kejadian letupan di pelantar penggerudian di bandar Quinton, timur Oklahoma.
Dalam kejadian 8.45 pagi (waktu tempatan) 20 pekerja dilaporkan berada di tapak penggerudian gas asli berkenaan.
Menurut pegawai kecemasan di daerah Pittsburg, tiga helikopter yang dilengkapi pasukan perubatan dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.
Pada masa sama jurucakap pengurus kecemasan pejabat Oklahoma menjelaskan pihaknya belum dapat memastikan angka kematian dan jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian itu.
Tapak penggerudian dipercayai dikendali Red Mountain Energy dan setakat ini syarikat itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan.
#hilang #letupan #Oklahoma #Pittsburg County #Quinton #Red Mountain Energy
;