5 anggota Perkhidmatan Pertahanan Awam Lubnan terbunuh dalam serangan Israel

Agensi
Oktober 9, 2024 07:00 MYT
Asap letupakn akibat serangan udara Israel kelihatan di sebuah kampung berhampiran bandar Tyre di selatan Lebanon pada Rabu. - Gambar Reuters
BEIRUT: Seramai lima anggota Perkhidmatan Pertahanan Awam Lubnan telah terbunuh oleh serangan udara Israel di bandar selatan Tyre.
Ketika serangan berlaku, kesemua mangsa sedang menerima panggilan kecemasan di Pusat Pertahanan Awam di bandar Dardghaya, kata organisasi itu dalam kenyataan yang diedarkan.
Pertahanan Awam Lubnan ialah perkhidmatan perubatan kecemasan awam Lubnan.
Serentak itu, Kementerian Kesihatan Lubnan mengecam serangan tersebut dalam hantaran di X dengan menyifatkan Israel bersalah kerana menyasarkan "krew penyelamat dan ambulans (dan) tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa, norma dan konvensyen kemanusiaan." - Agensi
#Israel serang Lubnan #Perkhidmatan Pertahanan Awam Lubnan #serangan udara Israel #Hezbollah
;