5.42 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia

Astro Awani
September 4, 2021 06:49 MYT
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.09 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan. -Gambar fail
LEBIH 5.42 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.09 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India sebanyak 684 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan lebih 373 juta dos vaksin.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos ialah Brazil, Jepun dan Jerman.
Manakala Turki dan United Kingdom masing-masing melebihi 90 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 103 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.
Ini diikuti Malaysia dengan lebih 36 juta dos.
Filipina dan Thailand pula masing-masing dengan 34 juta dos.
Singapura di tangga kelima dengan lebih 8 juta dos.
#COVID-19 #dos vaksin #Johns Hopkins University #China
;