5.23 bilion dos vaksin COVID-19 didaftar di seluruh dunia

Astro Awani
Ogos 30, 2021 06:15 MYT
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.04 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan. -Gambar fail
LEBIH 5.23 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.
Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 2.04 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India sebanyak 634 juta dos, manakala Amerika Syarikat dengan lebih 368 juta dos vaksin.
Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil dan Jerman.
Manakala United Kingdom dan Perancis masing-masing melebihi 90 dan 80 juta dos.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 96 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.
Ini diikuti Malaysia dengan lebih 34 juta dos.
Singapura di tangga kelima dengan lebih 8 juta dos.
#COVID-19 #Johns Hopkins University #dos vaksin #China
;