5,000 penduduk terlibat apabila Prague tukar nama jalan ekoran perang terhadap Ukraine
Bernama
Jun 20, 2023 16:36 MYT
Jun 20, 2023 16:36 MYT
PRAGUE: Kira-kira 5,000 penduduk Prague akan mendapat alamat baharu tidak lama lagi apabila jalan yang sebelum ini dinamakan sempena nama Jeneral Soviet Ivan Stepanovich Konev akan ditukar ekoran perang Rusia menentang Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Konevova Street akan dinamakan semula sebagai October seperti yang dipersetujui oleh majlis bandar raya, menurut jurucakap pada Isnin.
Bagi penduduk di laluan utama sepanjang kira-kira 3.4 kilometer itu, langkah tersebut akan menyusahkan kerana mereka perlu menukar kad pengenalan dan dokumen lain dalam tempoh enam bulan.
Beratus-ratus perniagaan dan kedai juga turut terlibat.
Pada masa hadapan, jalan di ibu negara Czech akan dikenali sebagai Hartinova - nama bekas datuk bandar daerah Zizkov hari ini, Karel Hartig (1833-1905).
Sebuah patung besar Konev (1897-1973) di Interbriged Prague Square telah dialihkan pada April 2020, dengan kedutaan Rusia ketika itu menyifatkan perbuatan itu sebagai "vandalisme".
Marsyal Kesatuan Soviet dan tenteranya terlibat dalam Pertempuran Berlin pada Perang Dunia II sebelum membebaskan Prague pada Mei 1945.
Semasa pembinaan Tembok Berlin pada Ogos 1961, Konev ialah ketua komander tentera Soviet di Jerman.
-- BERNAMA