5,000 penduduk terjejas banjir di Sri Lanka

Bernama
Oktober 1, 2023 22:08 MYT
Paras air di sungai Gin, Nilwala dan Kalu serta sungai Attanagalu Oya terus meningkat dan menyebabkan banjir di beberapa kawasan. - Gambar hiasan
COLOMBO: Lebih 5,000 orang dari tiga daerah di Sri Lanka terjejas akibat banjir pada pagi Ahad, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) negara itu, lapor Xinhua.
Paras air di sungai Gin, Nilwala dan Kalu serta sungai Attanagalu Oya terus meningkat dan menyebabkan banjir di beberapa kawasan.
Amaran tanah runtuh turut dikeluarkan untuk lapan daerah - Galle, Matara, Hambantota, Kalutara, Kandy, Kegalle, Matale dan Ratnapura.
Paras air di sungai Kelani, yang mengalir melalui kawasan berpenduduk tinggi turut dilaporkan, kata DMC.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi berkata Fort Colombo (138.5 mm) menerima hujan tertinggi dalam tempoh 24 jam yang berakhir pada 8 pagi Ahad.
Hujan lebat diramal berlaku di wilayah barat dan selatan, tengah dan barat laut Sabaragamuwa pada Isnin.
-- BERNAMA
#banjir #Sri Lanka #paras air sungai naik #bencana alam
;