49 maut dalam insiden bot terbalik di Congo

Bernama
Oktober 15, 2023 10:45 MYT
Sekurang-kurangnya 49 orang maut, manakala 120 yang lain hilang selepas sebuah bot terbalik di barat laut Congo pada Sabtu malam. - Gambar hiasan
KIGALI (Rwanda): Sekurang-kurangnya 49 orang maut, manakala 120 yang lain hilang selepas sebuah bot terbalik di barat laut Congo pada Sabtu malam, lapor Agensi Anadolu.
Kejadian itu berlaku di bandar Mbandaka di Sungai Congo, menurut Timbalan Gabenor wilayah Taylor Nganzi.
"Bot itu dilaporkan dalam perjalanan ke Bolomba, sebuah wilayah yang terletak lebih 300 kilometer dari pelabuhan Bankita.
"Bot terbabit membawa penumpang dan kargo termasuk bahan binaan, manakala operasi mencari mangsa yang hilang sedang dilakukan," kata Nganzi kepada pemberita.
Nganzi berkata mangsa yang maut, termasuk kanak-kanak dan angka kematian mungkin bertambah.
Punca nahas itu dipercayai kerana membawa muatan berlebihan. - BERNAMA
#bot terbalik #49 maut #Congo #bot penumpang dan kargo
;