47 aktvis prodemokrasi Hong Kong didakwa

Astro Awani
Februari 28, 2021 06:05 MYT
Aktivis prodemokrasi Mike Lam King-nam membuat gerak isyarat ketika tiba di balai polis di Hong Kong pada 28 Februari 2021. - REUTERS
HONG KONG: 47 aktivis prodemokrasi Hong Kong didakwa dengan tuduhan berkaitan pencabulan Akta Keselamatan.
Mereka merupakan sebahagian daripada 55 orang yang ditahan dalam satu serbuan bulan lalu. Kesemua aktivis didakwa mencabul Akta Keselamatan Nasional.
Ia melarang tindakan subversif, dan dikuatkuasa bagi membawa kestabilan.
Akta itu dikuatkuasa Beijing selepas siri protes prodemokrasi 2019. Pemerhati bagaimanapun berpendapat akta itu bertujuan mengawal kritikan ke atas Beijing.
Defendan terdiri daripada 39 lelaki dan lapan wanita berusia 23 sehingga 64 tahun.
Kem prodemokrasi ini mengadakan pemilihan untuk menentukan calon terbaik mengisi barisan pentadbiran Hong Kong. Ini bertujuan memaksa pengunduran Ketua Eksekutifnya, Carrie Lam.
#Beijing #Hong Kong #wanita #pemilihan #protes #keselamatan
;