46 migran lemas dalam cubaan menyeberangi Teluk Aden

Agensi
Jun 8, 2018 23:17 MYT
Lebih 7,000 pendatang memilih menggunakan laluan berbahaya ini setiap bulan dan dilaporkan sekitar 100000 migran menggunakan laluan sama tahun lepas. PHOTO: BBC
Seramai 46 migran termasuk sembilan wanita dari Ethiopia mati lemas ketika cuba menyeberangi Teluk Aden dan kejadian berlaku apabila bot yang dinaiki mereka terbalik di perairan tersebut.
Menurut Agensi Migrasi United Nations, 16 mangsa dilaporkan masih hilang.
Susulan kejadian tersebut, pekerja awam di Yemen bersiap sedia untuk mengkebumikan kesemua mayat mangsa.
Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) melaporkan kesemua migran tersebut sedang dalam perjalanan ke Yemen untuk mencari peluang pekerjaan di sana.
Perjalanan bermula apabila 100 migran disumbat dalam sebuah bot dari Bossaso, Somalia sehari sebelum kejadian untuk membawa mereka ke Yemen.
Menurut mangsa yang terselamat, kesemua mereka tidak diberikan jaket keselamatan.
Lebih 7,000 pendatang memilih menggunakan laluan berbahaya ini setiap bulan dan dilaporkan sekitar 100,000 migran menggunakan laluan sama tahun lepas.
#bot migran #ethiopia #hadhramaut #IOM #lemas #Somalia #United Nations #Yemen
;