ANKARA: Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh selepas ribut tropika Paeng, yang dikenali di peringkat antarabangsa sebagai Nalgae, melanda selatan Filipina, mencetuskan banjir dan tanah runtuh, kata pihak berkuasa pada Sabtu.
Empat puluh daripada mereka yang disahkan maut adalah dari Wilayah Autonomi Islam Bangsamoro di Mindanao (BARMM), lapor media tempatan, merujuk taklimat media maya oleh pengerusi Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC), Jose Faustino Jr.
Lapan belas orang masih hilang, 15 daripadanya berasal dari wilayah Maguindanao di BARMM dan tiga dari kawasan Sultan Kudarat, kata Faustino, yang kini berkhidmat sebagai pemangku setiausaha Jabatan Pertahanan Negara (DND), lapor Anadolu Agency memetik The Manila Times.
Menurut NDRRMC, ribut tropika itu menjejaskan 49,767 keluarga melibatkan 184,161 orang.
Pusat pemindahan kini menempatkan 2,615 keluarga atau 9,737 orang di 113 penempatan manakala 625 keluarga atau 2,400 penduduk berada di luar kawasan terjejas ketika ribut melanda, lapor harian itu.
Pentadbir Pengairan Kebangsaan Benny Antiporda pada sidang akhbar yang sama berkata pihak berkuasa telah menjalankan operasi awal mengeluarkan air di empangan utama, terutama di kawasan yang terjejas teruk bagi mengelak senario yang lebih buruk.
"Kami telah mengeluarkan air dari Empangan Magat di Isabela berikutan jangkaan impak Paeng di kawasan terjejas dengan sipadu 200 meter padu sesaat," Antiporda dipetik sebagai berkata.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022
![45 terkorban ribut tropika Nalgae landa Filipina 45 terkorban ribut tropika Nalgae landa Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667039984_StormNalgae.jpg)
Gambar daripada Pengawal Pantai Filipina ini menunjukkan usaha menyelamat penduduk dengan menggunakan peti sejuk di Hilongos, wilayah Leyte pada Jumaat (28 Oktober). - AP
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Nasihat ribut tropika Nakri di perairan Sabah Nasihat ribut tropika Nakri di perairan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61573306837_LabuanRibut.jpg)
Nasihat ribut tropika Nakri di perairan Sabah
MetMalaysia mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Nakri) yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan, berhampiran perairan Sabah.
![Nasihat ribut tropika masih dikeluarkan bagi perairan Sabah Nasihat ribut tropika masih dikeluarkan bagi perairan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566234638_ribut.jpg)
Nasihat ribut tropika masih dikeluarkan bagi perairan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) masih mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.
![Jabatan Meteorologi keluar nasihat ribut tropika Jabatan Meteorologi keluar nasihat ribut tropika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/61562167118_Ribut.jpg)
Jabatan Meteorologi keluar nasihat ribut tropika
Ribut Tropika (Lekima) kini berada kira-kira 908 kilometer (km) ke Timur Laut Luzon, Filipina dan sedang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam.
![Ribut tropika Tembin: Angka kematian di Mindanao hampiri 200 orang Ribut tropika Tembin: Angka kematian di Mindanao hampiri 200 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61514062339_filipinabanjir.jpg)
Ribut tropika Tembin: Angka kematian di Mindanao hampiri 200 orang
Angka kematian daripada Ribut Tropika Tembin di Mindanao, Filipina meningkat ke hampir 200 orang sehingga awal pagi Ahad.