45 terkorban, 100 cedera letupan di masjid Sufi, Pakistan
Agensi
November 13, 2016 09:21 MYT
November 13, 2016 09:21 MYT
Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban dan lebih 100 cedera dalam letupan bom di sebuah masjid ahli Sufi di wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan lewat malam Sabtu.
Kumpulan militan mendakwa bertanggungjawab dalam satu kenyataan kepada agensi berita tempatan.
Jurucakap kerajaan tempatan mengesahkan bahawa letupan itu berlaku ketika beratus-ratus orang sedang melakukan upacara pemujaan, acara harian yang berlangsung di keramat Shah Bilal Noorani.
Jurucakap dari wilayah Baluchistan memberitahu usaha menyelamat terhalang akibat jalan raya sempit dan cuaca gelap.
Lokasi masjid Sufi tersebut terletak di kawasan pergunungan daerah Khuzdar, kira-kira 350 kilometer dari selatan ibu kota wilayah, Quetta.
Letupan menyusul menjelang kunjungan Perdana Menteri Pakistan ke wilayah itu pada Isnin.
Sesetengah pemerhati berkata serangan itu berlaku sebulan selepas pembunuhan penyanyi Sufi terkenal, Amjad Sabri yang ditembak mati oleh dua lelaki bersenjata di Karachi pada Jun lalu.