45 maut, ratusan cedera kereta api bertembung di Pakistan

Astro Awani
Jun 7, 2021 07:14 MYT
Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban dan ratusan penumpang lain cedera selepas dua kereta api bertembung di bandar Dharki, selatan Pakistan. -Reuters
DHARKI: Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban dan ratusan penumpang lain cedera selepas dua kereta api bertembung di bandar Dharki, selatan Pakistan.
Pihak penyelamat dan penduduk kampung kini giat menjalankan operasi bagi mencari mangsa yang tersepit dalam nahas itu.
Menurut laporan, kira-kira 1,100 penumpang berada di dalam kedua-dua kereta api tersebut.
Kemalangan berlaku apabila kereta api Millat Express yang membawa lapan gerabak ke utara tergelincir sehingga memasuki landasan bertentangan berhampiran Dharki.
Kereta api Sir Syed Express yang menuju ke selatan pula kemudian merempuh gerabak yang tergelincir itu.
Angka kematian dan jumlah penumpang yang cedera dijangka meningkat.
#kereta api #Millat Express #kereta api bertembung #nahas kereta api #Dharki #Sir Syed Express #penumpang cedera #gerabak tergelincir
;