45 maut akibat keracunan alkohol, 30 ditahan dalam serbuan

Khairunnisa Kasnoon
Oktober 14, 2020 05:06 MYT
Polis Turki menyerbu gudang alkohol di seluruh negara dan menahan 30 suspek selepas 45 orang maut akibat keracunan alkohol. -Gambar fail
ISTANBUL: Polis menyerbu gudang di seluruh Turki pada Rabu selepas puluhan nyawa terkorban dalam tempoh kurang seminggu disyaki akibat keracunan alkohol.
Menurut media tempatan, 45 mangsa maut sejak enam hari lalu.
Hasil serbuan di dua bandar terbesar Turki, Istanbul dan Izmir, polis berjaya menahan 30 suspek.
Serbuan juga turut menyita lebih 16,000 liter alkohol dan hampir 3,000 botol minuman keras.
Turki telah menyaksikan lonjakan pengambilan minuman keras yang tidak munasabah dalam beberapa tahun terakhir, didorong oleh kenaikan harga alkohol.
Kes keracunan alkohol juga meningkat di negara itu apabila semakin ramai individu mengambil minuman keras.
Pada Mac, lebih 20 warga Turkmenistan terbunuh akibat keracunan alkohol isopropil di Istanbul.
#gudang arak #keracunan alkohol #minuman keras #kenaikan harga alkohol #isopropil
;