45,000 anggota polis Perancis dikerah hadapi tunjuk perasaan

Astro Awani
Jun 30, 2023 07:40 MYT
Kebakaran dilihat selepas penunjuk perasaan bertempur dengan anggota polis susulan kematian remaja berketurunan Algeria di Toulouse. - Foto REUTERS
PARIS: Pihak berkuasa Perancis mengerah 45,000 anggota polis bermula Jumaat, sebagai persediaan berdepan protes untuk hari keempat.
Menurut menteri dalam negeri, Gerald Darmanin, setakat ini, 917 orang ditahan, dengan penunjuk perasaan paling muda berusia 13 tahun.
Kerajaan juga akan menghentikan perkhidmatan bus dan tram lewat malam susulan protes.
Kerajaan kini meneliti semua pilihan yang ada untuk mengembalikan keamanan.
Perdana Menteri Elisabeth Borne, dalam pada itu sifatkan protes ganas sebagai tidak boleh diterima.
Protes hari keempat turut merebak ke pinggir bandar seperti Marseille, Lyon, Pau, Toulouse dan Lille.
Protes besar-besaran bermula pada Selasa, selepas polis menembak mati seorang remaja 17 tahun berketurunan Algeria.
Walaupun pegawai yang menembak mangsa sudah memohon maaf kepada keluarga, insiden mencetus kemarahan umum mengenai polisi dan profil perkauman.
Penunjuk perasaan mendakwa agensi penguatkuasa mempunyai sistem yang sistematik mensasarkan mereka dari kumpulan berpendapatan rendah.
#tunjuk perasaan #perkhidmatan bas #Gerald Darmanin #cetus kemarahan
;