44 terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Brazil
Astro Awani
Februari 16, 2022 23:47 MYT
Februari 16, 2022 23:47 MYT
RIO DE JENEIRO: Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur di Petropolis, Rio de Jeneiro, Brazil.
Runtuhan tanah di kawasan pergunungan itu berlaku susulan hujan lebat yang berterusan dalam tempoh 24 jam.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan dan pihak berkuasa menjangkakan peningkatan angka kematian.
Ia berikutan pihak berkuasa yakin masih ramai lagi mangsa yang tertimbus dalam kejadian runtuhan tanah berkenaan.
Selain pasukan bomba dan penyelamat, lebih 180 tentera turut dikerahkan ke tempat kejadian bagi melancarkan operasi mencari mangsa.
Rakaman video yang dikongsi di media sosial juga menunjukkan banyak kenderaan dan rumah penduduk turut runtuh akibat bencana alam itu.