436 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam

Agensi
Oktober 23, 2023 06:00 MYT
Daripada 436 yang terbunuh, 182 terdiri daripada kanak-kanak, kata Kementerian Kesihatan Palestin. - Gambar AP
GAZA: Sekurang-kurangnya 436 rakyat Palestin termasuk 182 kanak-kanak terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu akibat serangan udara dan tembakan Israel di Gaza, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ashraf al-Qudra berkata, kebanyakan mangsa yang menjadi korban di bahagian selatan Semenanjung Gaza.
Perkembangan terbaharu ini sekali gus menyaksikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan udara oleh rejim Zionis sudah mencecah lebih 5,000 orang di Gaza sejak perang meletus pada 7 Oktober lalu.
Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyebut, sebanyak 62 peratus daripada kematian akibat perang itu melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak, sementara 15.273 pula mengalami kecederaan. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #rakyat Palestin terbunuh #Hamas #israel serang gaza