43 maut dalam kebakaran kilang
Astro Awani
Disember 8, 2019 06:37 MYT
Disember 8, 2019 06:37 MYT
Sekurang-kurangnya 43 orang dilaporkan terbunuh dalam kebakaran sebuah bangunan kilang di New Delhi, india pada Ahad.
Kebakaran berlaku di kawasan perindustrian yang sempit dan dipenuhi wayar elektrik menyebabkan kerja-kerja pemadaman menjadi sukar.
Kebakaran bermula di sebuah pasar borong dan kebanyakan mangsa merupakan pekerja di situ yang sedang tidur.
Polis sedang melakukan siasatan terperinci sama ada kilang tersebut beroperasi secara sah atau tidak.
Siasatan awal punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas.