43 maut, 80 cedera dalam letupan semasa sambutan Maulidur Rasul

Agensi
November 21, 2018 12:51 MYT
30 ambulans telah bergegas ke lokasi letupan selepas menerima laporan dan lebih daripada 80 orang dilaporkan telah mengalami cedera parah - foto REUTERS
Sejumlah 43 individu terkorban dalam letupan bom bunuh diri yang mensasarkan sekiumpulan tokoh agama di Kabul, Afghanistan.
Kejadian letupan bom itu berlaku ketika ramai tokoh agama menghadiri perayaan hari kelahiran Nabi Muhamad S.A.W. di daerah Aula, Kabul.
Pengebom bunuh diri berkenaan bernekad untuk mengebom dirinya sendiri ketika pertemuan bersama sekumpulan tokoh ulama.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Afghanistan, Wahid Majroh berkata insiden itu turut mengakibatkan 80 orang tercedera.
Jurucakap Presiden Afghanistan, Haroon Chakhansuri melaporkan di Twitternya, Presiden Ashraf Ghani telah mengutuk serangan yang telah dilakukan di Kabul semasa perayaan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Beliau mengumumkan hari ini (Nov 21) sebagai hari berkabung kebangsaan bagi memperingati individu yang terkorban dalam insiden berkenaan.
"Presiden Ashraf mengutuk keras serangan itu dan mengisytiharkan Rabu sebagai hari kebangsaan berkabung," katanya.

The President declared tomorrow, November 21, a national day of mourning following the horrendous attack. The national flag will be flown at half-mast all over Afghanistan and Afghan diplomatic missions abroad.

— Haroon Chakhansuri (@hchakhansuri) November 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Jun lalu, satu serangan bunuh diri yang mensasarkan kumpulan sarjana Muslim di sebuah khemah berhampiran Politeknik Universiti Kabul telah membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang.
Taliban dan Negara Islam Iraq dan Syria (Daish) telah meningkatkan serangan ke atas Kabul.
#Afghanistan #bom #ISIS #Maulidur Rasul #politeknik universiti kabul #serangan #Wahid Majroh
;