43 cedera dalam letupan loji mekanikal di Sergiyev Posad Moscow

Bernama
Ogos 9, 2023 22:30 MYT
Petugas Kementerian Kecemasan Rusia menjalankan kerja-kerja menyelamat di tapak sebuah loji mekanikal optik susulan letupan di bandar Sergiev Posad, kira-kira 65km timur laut Moscow, 9 Ogos 2023. (Foto AP)
MOSCOW: Sejumlah 43 orang dilaporkan cedera, termasuk enam parah dalam letupan di sebuah loji mekanikal optik di Sergiyev Posad di Moscow, menurut kementerian kesihatan wilayah itu pada Rabu.
Terdahulu, perkhidmatan kecemasan memberitahu Sputnik letupan itu menyebabkan kawasan tersebut dikosongkan.
Laporan awal menyebut 30 orang cedera.
"Kini 23 pasukan ambulans, lima pasukan Pusat Perubatan Bencana Wilayah dan sebuah helikopter ambulans udara berada di lokasi," menurut kementerian itu di Telegram.
--BERNAMA-SPUTNIK
#letupan #Moscow #loji mekanikal #cedera