42 tahanan Palestin tiba di Ramallah

Astro Awani
Februari 9, 2025 08:00 MYT
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga. - Foto AP
RAMALLAH: Sejumlah 42 tahanan Palestin yang dibebaskan tiba di Ramallah dekat Tebing Barat pada Sabtu sejurus selepas pejuang Hamas menyerahkan tiga tebusan Israel.
Ketibaan mereka yang menaiki sebuah bas disambut dengan sorakan orang ramai termasuk ahli keluarga yang telah lama menanti khabar gembira itu.
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan kelihatan berada dalam keadaan kesihatan yang buruk dan ada yang mengadu tentang layanan buruk diterima mereka.
Israel mula membebaskan puluhan rakyat Palestin dalam peringkat terbaru perjanjian gencatan senjata yang bertujuan untuk menamatkan perang 15 bulan di Gaza.
Sebagai pertukaran untuk pembebasan tebusan, Israel membebaskan 183 tahanan Palestin, beberapa orang yang disabitkan dengan penglibatan dalam serangan yang membunuh puluhan orang, serta 111 yang ditahan di Gaza semasa perang.
#tahanan Palestin #Gaza #gencatan senjata #Israel
;