42 pelarian Somalia maut berhampiran pantai Yaman
Agensi
Mac 18, 2017 11:03 MYT
Mac 18, 2017 11:03 MYT
Sekurang-kurangnya 42 pelarian Somalia, termasuk wanita dan kanak-kanak, ditemui mati di atas bot di luar pantai Yaman di Laut Merah, hari ini.
Kesemuanya maut dipercayai akibat serangan bersenjata ke atas bot yang membawa pelarian tersebut.
Pengarah Kecemasan Pertubuhan Antarabangsa bagi migrasi di Geneva, Mohammed Abdiker, menyifatkan serangan itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
Jelas Abdiker, laporan yang diterima juga memaklumkan, serangan berpunca daripada sebuah kapal tentera atau helikopter yang menyerang kapal pelarian secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab tertentu.
Setakat ini, hanya 75 lelaki dan 15 wanita terselamat dalam serangan itu.
Mereka kemudiannya dibawa ke pusat tahanan, manakala mayat semua yang terkorban dibawa ke hospital Hodeida.