42 maut dalam serangan berani mati

Astro Awani
Mac 22, 2013 09:38 MYT
Sekurang-kurangnya 42 orang maut dalam serangan berani mati di sebuah masjid dekat ibu negara Syria, Damsyik.
Serangan itu dikatakan mensasar ulamak Syiah, Sheikh Mohammad Said Ramadan Al Buti, salah seorang penyokong utama kepimpinan Presiden Bashar Al Assad.
Menurut laporan, kejadian berlaku ketika dia sedang menyampaikan kuliah agama di masjid Eman di Tengah Wilayah Mazraa.
Serangan berani mati yang dikaitkan dengan pelampau menjadi kebiasaan sepanjang dua tahun kebangkitan anti kerajaan.
Ia kejadian pertama dilakukan dalam kawasan masjid.
Al buti, 84 tahun, dikenali sebagai tokoh lantang yang menyokong kepimpinan Bashar sejak zaman bapanya, Hafiz Al Assad.
Allahyarham sering menyampai khutbah di masjid Ummayyah manakala kuliah agamanya disiarkan melalui televisyen.
#serangan berani mati #Syria
;