400 rakyat Palestin jadi korban Israel dalam 24 jam

Agensi
Oktober 15, 2023 08:30 MYT
Kepulan asap dan api kelihatan susulan serangan Israel di Semenanjung Gaza pada hari Sabtu (14 Oktober). - Gambar AP
GAZA: Agensi berita Palestin, Wafa, melaporkan, serangan udara Israel ke atas Gaza telah membunuh lebih daripada 400 rakyat Palestin dan menyebabkan 1,500 yang lain mengalami kecederaan dalam tempoh 24 jam lepas.
Jumlah berkenaan termasuk 260 kematian di bandar Gaza, 80 di Deir al-Balah di bahagian tengah Jalur Gaza, dan 40 di kem tumpuan pelarian Jabaliya di utara.
Selain itu, 10 Palestin telah terbunuh di bandar Beit Lahiya, sementara 20 telah terbunuh di selatan Khan Younis. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #Israel bunuh 400 rakyat Palestin #serangan udara Israel #israel serang gaza
;