4 terbunuh, 4 cedera dalam kejadian tembakan di barat daya Pakistan

Bernama
November 22, 2021 13:16 MYT
Menurut polis, kenderaan yang menjadi sasaran adalah milik seorang ketua puak tempatan yang berpengaruh. - Foto fail CNN/Sinar Harian
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya empat orang maut dan empat lagi cedera apabila lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan di daerah Mastung di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan pada Ahad, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Menurut media, kejadian berlaku di kawasan Wali Khan Bypass di daerah itu dan penyerang berjaya melarikan diri. Mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan.
Polis memberitahu media tempatan bahawa kenderaan yang menjadi sasaran adalah milik seorang ketua puak tempatan yang berpengaruh.
Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu.
-- BERNAMA
#tembakan #lelaki bersenjata #puak tempatan #kenderaan
;